Saturday, September 14, 2013

Akses ke Kota Manchester!

Cerita di Kota Manchester kini bermula!
Yeah!

Hahaha.
Apabila korang dah sampai di airport, dan melepasi semua immigration mereka, maka moleklah mencari pengangkutan awam di luar airport. Macam biasa la kan. Heheh

Selalunya untuk student macam kami nie, sewa teksi berharga 20pound. Kalau lebih dari tu, kita reject!
Hahaha.

Kalau naik bus pulak, amik bus dari airport, pergi ke Picadily. Picadily nie bandar la. Semua bus akan akses ke situ. Kalau ada bus terus ke University lagi senang. Rasanya ada je. Heheh. Tak ingat nombor bus. Hua3.

Okey. Bernasib baik la, kami ni, apabila pelajar Malaysia kat sini, dari Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) menjemput kami dari airport! Wah! Terbaik!

Sumpah sejuk gila!

Akhirnya Manchester!

Assalamualaikum

Finally. Akhirnya

Manchester.

Setelah hampir 13 jam dalam flight, dan 18 jam perjalanan, maka kami berdua akhirnya selamat tiba di Manchester International Airport.
Takdak orang pon pagi pagi nie. Senang nak urus semua benda.

Inilah dia. Manchester International Airport.

Haaa.. tudiaaa.. Sinar mentari.

Bukti. Gua dah sampai. Hahah.

Nampak tak orang lain? Hahaha. Boleh bersiar siar lagi. Pagi kat sini, takdak orang. Hehehe

Tunggu train? Tak la. Hahha. Gambar je tu. Macam ori gak la.

Maka korang yang bukan EU tu..  Malaysia bukan EU. So, wajib ikut steps di atas. Heheh.. Wajib! Kalau tak, takleh masuk UK

Nie gambar dalam flight;. Makan scurmbled egg dengan daging. Sedap la. Sebab lapar sangat kot.Hahahah

Jauhhh wooo!!


Begitulah kisahnya perjalanan dari KLIA ke Manchester nie. Bukan mudah. Tapi tak susah pon. Yakin boleh! Yeah!!

Hahahah.

Abu Dhabi

Sesetengah dari kita, transit adalah tempat yang paling best untuk dinikmati.

Ada yang naik MAS, maka di Dubai
Ada yang naik Emirates, maka di Dubai jugak
Ada yang naik Etihad, maka di Abu Dhabi
Ada jugak yang naik Qatar Airways, maka dia Qatar la berentinya

Tak kira mana transit korang, yang penting, enjoy je! Hahha
Tapi kalau rasa nak transit ke European Country sikit, amik la KLM, British Airways. Cuma, bila nak makan, kena la request makanan halal.

okey!
Gua dah sampai!

Biasa la..airport. mesti duty free. Alhamdulillah. Dah sampai ke Abu Dhabi. Transit less than 4hours. Sempat solat isyak dan maghrib.

Nie je la mercu tanda yang sempat gua amik. hahaha. Bukan apa, disebabkan transit sangatlah sekejap tu, so, gua takleh keluar mana2. kena duduk dalam airport je.

Maka setelah hampir 3jam berada di situ, maka, our next flight. Terus ke Manchester, dengan Etihad jugak




Perjalanan dari Abu Dhabi ke Manchester mengambil masa 7 jam. Oh no!
Sangat tak suka. Sebab lama sangat dan bosan. Hahaha

Bagi korang yang nak enjoy2 dalam flight, boleh la tengok movie, box office, main game. semua ada dalam flight tu. Live dari kerusi korang duduk!

Enjoy!

Etihad Airways

Assalamualaikum.

Zassss. Dah masuk la dalam flight. So, agak macam tak percaya sebenarnya nak pergi Manchester. It is not my dream. Tapi, rezeki Allah. Pasti ada hikmah.

Ni kawan gua. Merangkap housemate gua di Manchester nanti. Naeem nama beliau.

AKu pon tak ingat apa yang di makan. Tapi yang penting. Ni nasi dan lauk pauk. Live dari Malaysia punya.

Gua naik flight nie. Etihad Airways. Penerbangan rasmi UAE.

 So, perjalanan mengambil masa selama 6 jam! Oh no!
Dari bab servis dan makanan, sangatlah tiptop. So, dont worry kalau ada orang cakap makanan tak sedap. Makanan dia sedap je. Kalau amik flight lain pon, nak sedap mana la sangatkan. Hahaha.

So. Enjoy!


KLIA Departure!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Agak backdated sebenarnya post ni dengan sekarang. Akibat kekangan masa, ruang dan waktu, maka baru hari ni aku dapat post cerita sebelumnya

7hb Spetember 2013
8.20 malam.
KLIA
Etihad Airlines

Wow!
Its amazing!

Entahla. Aku tak rasa sedih pon nak tinggalkan family dan semua orang yang menyokong aku. Nape ntah.
Mungkin dah biasa berjauhan dengan family. Jadi, rasa okey la je semua. Hehehe.

This is my family. My brother je takdak. Both are my sisters and my lovely parents there! And the little Qalish Irfan.

Both are my friends from MRSM Balik Pulau. Izzati and Aliaa. Thanks for coming. Yang Aliaa baju biru tu, fly next week. 

Dalam proses check in, ada benda penting yang perlu kita ingat.
1. Weight of Luggage. Berat beg bagasi korang. Macam aku, just dapat 30kg je untuk beg yang di check in.
2. Terus check in beg besaq gila tu.. terus ke Manchester. Sebab, mcm aku, KLIA- Abu Dhabi - Manchester. So, tengok baik2 la, tag kat bag korang tu, pastikan terus ke Manchester. Kalau tak alamatnya, beg tu keluar kat Abu Dhabi laaa.. pesan kat staff tu siap2! Secured!
3. One hour before departure. Be ready!



Proses VISA!

Assalamualaikum

Topik kali ni, ialah proses membuat Visa. Visa ni takdak la susah sangat, cuma ia memerlukan penelitian yang tinggi untuk menyiapkan dan menghasilkan yang terbaik. Selepas korang isi visa online, korang akan dikehendaki membayar visa tersebut dalam tempoh 7 hari. Harga dalam RM 1500++.

Kalau takbayar dalam 7hari tu apa jadi?
Tak jadi masalah. Maklumat yang dimasukkan sebelum ni akan dipadam sepenuhnya. So, taip la balik. Tu je.
Dan make sure book appointment bila dah selesai membayar.

Jadi. Apa requirement visa yang sebenarnya?
Aku listkan kat sini.

List of Documents yang kena bawak
1. CAS statement
2. TB certificate
3. Financial Afidavit Sponsor
4. Offer Letter University
5. Original paspport
6. Visa online printed
7. Appendix 8
8. Photos
9. Degree Certificate
10. Official Transcript
11. English Certificate
12. Visa Appointment
13. Checklist visa

Ada certain documents wajib bawak, ada yang sunat muakkad, ada yang harus dan ada yang tak payah bawak. Aku listkan semua. Bawak je semua. Kalau jadi apa2, takdak la bermasalah nanti.

Nie tempat buat visa untuk United Kingdom
Wisma MCA. Kuala Lumpur.
Nak pergi senang je. Amik Putra LRT, stesen Ampang Park.
Maka sampailah anda.









Saturday, July 27, 2013

Saya Mesti Pilih!!

Assalamualaikum.

Wow! Posted lagi! Haha

Disebabkan banyak benda aku nak share, so, why not aku cepatkan semuanya.
Mcm aku cakap tadi, rezki Allah ada di mana mana selagi mana kita bersyukur dengan segala rezki yang dicurahkan olehNya sebelum ini.

Setelah berhempas pulas memikirkan perjalanan hidup nie, istikharah ada penyelesaian terbaik. Istkhirah ni adalah satu usaha kita untuk mendapatkan pertolongan dari Allah. Ya. Hanya Allah saja tau ke mana hala tuju kita. Jadi, kenapa kita nak tanya orang lain, sedangkan Allah dah atur segalanya. Got it!

Barakahnya Ramadhan akhirnya mempertemukan aku untuk memilih Manchester sebagai tempat menyambungkan pelajaran dan menolak TPM UiTM dan PTD walaupon ia lebih baik. Pasti ada hikmah disebaliknya. Semua orang nak kerja. Sebab dapat duit. Tapi takpa, perjalanan masih panjang, apa salahnya kita fikir yang lebih baik di masa depan.



the next post will be discussed on how to apply the universities in overseas. So, aku akan share la ngan korang semua, cara cara dan tips. Tak susah. Cuma nak dengan taknak je. Yakin diri tu boleh!

Jumpa lagi!!